Cari:
Vietnam dan Laos Perkasakan Hubungan Dua Hala
2016-11-28 14:45:49 CRI Cetak
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trọ telah membuat lawatan ke Laos pada 24 hingga 26 November lalu. Pemimpin kedua-dua negara telah mengadakan rundingan untuk meningkatkan hubungan dua hala.
Menurut laman web Kementerian Luar Laos dan media rasmi negara Laos, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos, Boungnang Vorachith telah bertemu dengan Nguyen Phu Trọ di Vientiane, ibu negara Laos pada 24 November lalu. Kedua-dua pihak memaklumkan keadaan pembangunan negara masing-masing, menyanjung tinggi kerjasama kedua-dua negara sejak beberapa tahun lalu, di samping membincangkan arah perkembangan kerjasama pada masa depan bagi meningkatkan hubungan dua hala ke tahap baharu.
Menurut laporan Agensi Berita Vietnam lagi, kedua-dua pemimpin, dalam rundingan itu juga, telah menegaskan akan terus meningkatkan kerjasama pertahanan dan keselamatan, selain menggalakkan kesalinghubungan antara kedua-dua negara tersebut.
Selepas rundingan itu berakhir, kedua-dua pemimpin telah menyaksikan penandatanganan enam dokumen dua hala.
Pada hari yang sama, Nguyen Phu Trọ juga mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith, Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan Laos, Pany Yathotou dan Pengerusi Jawatankuasa Pusat Barisan Pembangunan Negara Laos, Xaysomphone Phomvihane.
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China