Cari:
Forum Perlindungan Sumber Hutan dan Pembangunan Komuniti China-Myanmar di Kunming
2016-11-28 15:46:26 CRI Cetak

Forum Perlindungan Sumber Hutan dan Pembangunan Komuniti China-Myanmar pertama telah diadakan di Kunming, provinsi Yunnan China pada 19 hingga 25 November lalu.

Seramai lebih 100 wakil dan jemputan dari Biro Perhutanan Negara China, Jabatan Perhutanan Provinsi Yunnan dan Kementerian Sumber Alam dan Perlindungan Alam Sekitar Myanmar menghadiri forum tersebut.

Forum yang bertemakan " Berpimpinan tangan untuk membangunkan kampung halaman yang mesra alam" itu berfokus kepada tiga topik, iaitu kemajuan perlindungan sumber hutan dan pembangunan komuniti, keadaan terkini, masalah yang wujud dan prospek perlindungan sumber hutan dan pembangunan komuniti di China dan Myanmar serta makna penting dan langkah terprinci kerjasama sektor perhutanan China-Myanmar.

Para peserta forum juga bersetuju bahawa perlindungan sumber hutan sangat penting bagi China dan Myanmar. Kedua-dua pihak diharapkan meningkatkan kerjasama dan berkongsi pengalaman melalui forum kali ini.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China