Cari:
China Sedia Intensifkan Penggabungan Strategi dengan Laos
2016-11-29 12:04:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China sentiasa mengamalkan dasar kejiranan yang baik terhadap Laos, tetap menyokong Laos menempuh laluan pembangunan yang selaras dengan situasi negara, di samping bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan negara itu demi mewujudkan pembangunan bersama serta kedamaian dan kemakmuran serantau.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China, di Beijing pada petang 28 November lalu.

Li berkata, China turut bersedia untuk mengintensifkan penggabungan pelan dan strategi pembangunan negara dengan Laos, selain menggalakkan kerjasama dua hala dalam projek-projek utama, seperti pembinaan landasan kereta api, zon kerjasama ekonomi dan Kawasan Pembangunan Komprehensif agar dapat mencapai kemajuan yang baharu.

Thongloun Sisoulith pula berkata, Laos berharap dapat mengambil peluang sempena ulang tahun ke-55 terjalinnya hubungan diplomatik Laos-China secara proaktif mengintensifkan kerjasama dengan China dalam bidang infrastruktur, kewangan, pertanian dan pembinaan kawasan pembangunan pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China