Cari:
China Gesa Filipina Tangani Kes Tahanan Warga China
2016-11-29 14:41:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jabatan Imigresen Filipina menangkap dan menahan sejumlah besar warga China dalam satu operasi yang bertujuan untuk membanteras kegiatan perjudian haram melalui Internet pada 24 November lalu.

Selepas kejadian tersebut berlaku, Kedutaan Besar China di Filipina telah mengarahkan kakitangan kedutaan ke lokasi kejadian, di samping menggesa pihak berkuasa Filipina agar mempercepat proses mengenal pasti identiti warga China yang terlibat dalam kes tersebut, dan membebaskan warga China yang tidak bersalah dengan secepat mungkin.

Demikian dimaklumkan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang ketika menjawab soalan wartawan mengenai kes tersebut dalam sidang media yang diadakan di Beijing pada 28 November lalu.

Tambah Geng, China akan terus mengikuti perkembangan kes tersebut, mengekalkan komunikasi dengan pihak Filipina dan menggesa Filipina menyelesaikan kes tersebut dengan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China