Cari:
China dan Indonesia Diharap Kekal Bersahabat
2016-11-29 15:00:12 CRI Cetak

China dan Indonesia diharap kekal menjalinkan hubungan kejiranan yang baik dan persahabatan yang erat.

Demikian dinyatakan Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng ketika mengadakan lawatan ke bandar Semarang, wilayah Jawa Tengah Indonesia baru-baru ini.

Dalam tempoh lawatan tersebut, Xie Feng dan pelbagai lapisan masyarakat di wilayah Jawa Tengah dan bandar Semarang telah membincangkan usaha-usaha bagi menggalakkan pertukaran dan kerjasama kedua-dua negara.

Ketika bertemu dengan Gabenor Wilayah Jawa Tengah, Ganjar Pranowo, kedua-dua pihak telah bersepakat untuk terus meningkatkan pertukaran lawatan antara China dengan Jawa Tengah, memperkasakan kerjasama pragmatik dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pembinaan infrastruktur, di samping menggalakkan pertukaran sosiobudaya dan kerjasama erat dalam kalangan rakyat.

Ketika bertemu dengan wakil komuniti Cina Semarang, Xie Feng berharap agar mereka terus memainkan peranan yang tidak boleh ditukar ganti dalam menggalakkan hubungan persahabatan dan kerjasama China-Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China