Cari:
Delegasi Suruhanjaya Beijing bagi ASEAN Lawat Chengdu
2016-11-29 15:20:26 CRI Cetak

Pusat China-ASEAN telah membawa delegasi Suruhanjaya Beijing bagi ASEAN mengadakan lawatan ke Chengdu, Sichuan pada 26 dan 27 November lalu.

Dalam tempoh lawatan itu, para delegasi berpeluang untuk menghayati sejarah kebudayaan serta mengetahui pembangunan sosioekonomi, rancangan pembangunan masa depan dan pertukaran lawatan antara negara-negara lain dengan provinsi Sichuan dan bandar Chengdu.

Selain itu, para delegasi juga bertukar-tukar pendapat dengan pegawai jabatan kerajaan dan wakil syarikat bagi memperluas kerjasama antara negara ASEAN dengan provinsi Sichuan dan bandar Chengdu dalam bidang perdagangan, pelaburan, pelancongan dan kebudayaan.

Antara yang menyertai lawatan tersebut termasuklah Duta Besar Malaysia, Datuk Zainuddin Bin Yahya, Duta Besar Myanmar, U Thit Linnohn, Menteri Penasihat Vietnam, Nguyen Hoai Anh, Konsul Jeneral Singapura ke Chengdu, Gan Teng Kiat, diplomat dari Kedutaan Besar Kemboja dan Indonesia serta Ketua Setiausaha Pusat China-ASEAN, Yang Xiuping.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China