Cari:
China, Laos Rapatkan Hubungan Dua Hala
2016-11-29 14:20:54 CRI Cetak

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Zhang Dejiang bertemu dengan Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith di Dewan Rakyat Beijing semalam.

Menurut Zhang Dejiang, tahun ini merupakan ulang tahun ke-55 terjalinnya hubungan diplomatik China-Laos. Presiden China Xi Jinping telah dua kali bertemu dengan Presiden Laos Boungnang Vorachith dan telah mencapai persepakatan penting yang baharu dalam perkongsian strategik komprehensif. China dan Laos sudah melakukan kerjasama dalam pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan"(B&R) dan pelaburan kapasiti pengeluaran, mengekalkan koordinasi dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa, di samping menjalinkan persahabatan yang erat.

Tambah Zhang lagi, NPC amat mementingkan hubungan dengan Perhimpunan Kebangsaan Laos. Oleh itu, China ingin meneruskan hubungan rapat dengan pelbagai lapisan masyarakat Laos, melaksanakan persepakatan penting yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, berkongsi pengalaman dalam pemerintahan negara dan undang-undang, mendorong kerjasama perdagangan, menggalakkan pertukaran sosiobudaya, serta memberikan sumbangan yang lebih besar kepada perkembangan hubungan China-Laos.

Thongloun pula berkata, Laos akan berusaha bersama-sama dengan China untuk melaksanakan persepakatan pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan kerjasama pragmatik dan mengeratkan komunikasi antara badan perundangan China dengan Laos bagi mendorong perkembangan hubungan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China