Cari:
CRI Utamakan Komunikasi dengan Filipina
2016-11-30 13:55:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Selaku satu-satunya media peringkat negara yang menggunakan bahasa Tagalog dalam komunikasi dengan Filipina, Radio Antarabangsa China (CRI) amat mengutamakan penyebaran maklumat dan kerjasama media dengan negara itu.

Wang Gengnian, Presiden CRI berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan delegasi media dari Filipina yang diketuai oleh Penolong Setiausaha Pejabat Komunikasi Presiden Filipina, Ana Maria Paz Banaag yang membuat lawatan ke CRI pada 29 November lalu.

Wang berharap dapat mengambil peluang pada pertemuan kali ini untuk meneroka dan mencari pelbagai kaedah kerjasama, mengintensifkan kesalinghubungan dengan pengamal media Filipina, di samping menjalinkan kerjasama pragmatik dengan negara itu dalam bidang teknologi media baharu, penerbitan dan penyiaran program, wawancara serta latihan dan pertukaran kakitangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China