Cari:
74 Suspek Penipuan Melalui Panggilan Telefon Dibawa Pulang ke China
2016-11-30 15:01:23 CRI Cetak

74 suspek yang terlibat dalam kes penipuan melalui panggilan telefon telah dibawa pulang ke China dari Malaysia dengan menaiki penerbangan carter yang mendarat di Lapangan Terbang Wuhan, provinsi Hubei pada pukul 8.00 malam semalam.

Sebanyak lebih 500 kes penipuan melalui panggilan telefon dan Internet rentas sempadan yang melibatkan beberapa provinsi di China telah berjaya dibongkarkan, dengan jumlah kerugian mencecah RMB60 juta.

Pada bulan Ogos lalu, Jabatan Keselamatan Awam Xiangyang provinsi Hubei ketika menyiasat satu kes penipuan melalui panggilan telefon mendapati, terdapat beberapa sindiket penipuan yang kebanyakannya melibatkan warga Taiwan, bersembunyi di Malaysia dan menyamar sebagai pegawai jabatan perundangan Tanah Besar China untuk menipu penduduk Tanah Besar China.

Kementerian Keselamatan Awam China memberikan perhatian yang serius kepada keadaan itu dan segera menghantar kumpulan petugas yang terdiri daripada polis Hubei ke Malaysia untuk bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat dan memburu penjenayah tersebut.

Melalui koordinasi dengan Kedutaan Besar China di Malaysia, kumpulan petugas China dan PDRM telah melancarkan operasi sebanyak tiga kali dan membongkar sindiket penipuan tersebut, serta merampas beberapa kelengkapan komunikasi seperti telefon, komputer, walkie-talkie dan gateaway (alat untuk memalsukan nombor sebenar pemanggil yang keluar pada skrin telefon mangsa).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China