Cari:
Kerjasama Perdagangan Panzhihua China-ASEAN Bernilai USD430 Juta
2016-11-30 15:03:17 CRI Cetak

Kerjasama perdagangan Panzhihua China-ASEAN yang diadakan di bandar Panzhihua, provinsi Sichuan China semalam, turut melibatkan pemeteraian perjanjian kerjasama yang berjumlah USD430 juta.

Pada hari yang sama, Pusat Perdagangan Antarabangsa ASEAN mula beroperasi secara rasmi di bandar itu. Sebanyak 39 buah syarikat dari 10 buah negara ASEAN telah membuka gerai di situ untuk mempromosikan produk mereka.

Setiausaha Agung Pusat China-ASEAN, Yang Xiuping menyatakan bahawa hubungan China-ASEAN yang berkembang daripada "tempoh pertumbuhan" kepada "tempoh matang", telah membawa banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak, sekali gus memberikan sumbangan besar kepada pembangunan dan kemakmuran serantau. Pusat Perdagangan Antarabangsa ASEAN tersebut akan menjadi platform penting dalam usaha memperluas kerjasama yang saling menguntungkan antara bandar Panzhihua dengan ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China