Cari:
China Selamatkan Dua Nelayan Filipina Di Pulau Huangyan
2016-11-30 14:10:55 CRI Cetak

China telah menyelamatkan dua nelayan Filipina setakat ini di kawasan perairan Pulau Huangyan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media semalam.

Menurut pihak media, lima nelayan Filipina dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di kawasan perairan Pulau Huangyan baru-baru ini. Polis Marin Filipina telah menjalankan operasi menyelamat dan berhasrat untuk meminta bantuan pihak China.

Geng Shuang berkata, China amat prihatin terhadap hal tersebut dan sudah menempatkan kapal pengawal di kawasan perairan terbabit bagi melancarkan misi bantuan. Menurut jabatan Pengawal Pantai China, identiti dua nelayan Filipina yang berjaya diselamatkan itu sedang dikenal pasti. China akan terus melaksanakan operasi menyelamat di kawasan perairan yang berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China