Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyatakan bahawa pertempuran antara kerajaan Filipina dengan kumpulan bersenjata Maute akan diteruskan walaupun tentera kerajaan telah menembak mati kira-kira 61 anggotanya.
Presiden Duterte semalam telah mengadakan tinjauan terhadap pasukan tentera kerajaan yang bertempur dengan kumpulan Maute di Cagayan de Oro, selatan Filipina, di samping melawat anggota tentera kerajaan dan pengawal peribadi Presiden yang tercedera.
Menurut Duterte, beliau telah berusaha sedaya-upaya untuk menghentikan pertempuran, namun perbuatan kumpulan Maute seolah-olah memaksa kerajaan menghantar tentera untuk bertempur dengan mereka.