Permuafakatan bangsa dan keamanan masyarakat amat penting bagi Myanmar. Hanya matlamat tersebut tercapai, barulah Myanmar dapat terus maju berkembang.
Demikian dinyatakan Penasihat Negara Myanmar Aung San Suu Kyi ketika menghadiri sesi dialog anjuran International Enterprise (IE) Singapore semalam.
Tegas beliau, pembangunan tidak mungkin direalisasikan tanpa keamanan. Pembangunan dan keamanan amat penting bagi Myanmar pada ketika ini. Selain itu, beliau turut memperkenalkan dasar ekonomi baharu Myanmar, terutamanya undang-undang pelaburan baharu bagi menarik kemasukan pelabur asing.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika menemui Aung San Su Kyi pula berkata, Singapura akan berbincang mengenai pelaburan dua hala dengan Myanmar dan mengemas kini perjanjian berkaitan antara kedua-dua negara bagi mengelakkan tarif dua kali.