Cari:
China, Laos Ikrar Bina Komuniti Berkongsi Nasib Bersama
2016-12-02 10:45:02 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Laos diiktiraf sebagai jiran baik, sahabat karib dan rakan seperjuangan bagi China. China bersedia untuk bekerjasama dengan Laos bagi mengintensifkan perkongsian strategik komprehensif, sekali gus membina komuniti berkongsi nasib bersama yang kukuh pada masa hadapan.

Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith yang sedang dalam rangka lawatan rasminya di Beijing pada 1 Disember lalu.

Presiden Xi menegaskan bahawa kedua-dua negara harus memperkasakan penggabungan strategik pembangunan bagi menggalakkan proses pembinaan inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R), selain meningkatkan kerjasama dalam sektor kapasiti pengeluaran, penerokaan sumber tenaga serta zon kerjasama ekonomi dan pembinaan infrastruktur.

Thongloun berkata, negaranya komited untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama antara parti dan negara dengan China, di samping terus mendorong perkembangan hubungan bilateral antara ASEAN dengan China pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China