Cari:
Meysuarat Peringkat Menteri ke-21 Kerjasama Ekonomi GMS di Chiang Rai
2016-12-02 15:00:07 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Mesyuarat Peringkat Menteri ke-21 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS) telah diadakan di Chiang Rai, Thailand pada 1 Disember lalu.

Mesyuarat yang bertemakan "Galakkan pertumbuhan yang inklusif sepanjang koridor ekonomi GMS" ini telah memaklumkan hasil terkini yang dicapai dalam sektor kerjasama yang diberi keutamaan, dan mengadakan perbincangan tentang perbahasan kerangka strategik GMS dan pelan tindakan untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Dai Baihua, Penolong Menteri Kewangan China dalam ucapannya mengiktiraf kemajuan positif yang telah dicapai dalam kerjasama ekonomi GMS dan turut mengemukakan tiga cadangan. Pertama, mempergiat penggabungan mekanisma GMS dengan inisiatif "Jalur&Laluan" (B&R). Kedua, mempercepat proses pembinaan projek infrastruktur utama demi menggalakkan kesalinghubungan serantau. Dan ketiga, menginovasikan kaedah kerjasama perindustrian untuk memperkasa kerjasama kapasiti pengeluaran antara pelbagai negara terlibat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China