Ketua Pengarah Polis Filipina, Ronald Dela Rosa dalam sidang media semalam menyatakan bahawa dua suspek tersebut berasal dari bandar Malawi, pulau Mindanao, selatan Filipina dan merupalan anggota kumpulan bersenjata Maute. Peranti letupan yang digunakan oleh mereka sama dengan yang ditemui dalam kes letupan di bandar Davao pada bulan September lalu. Dua suspek tersebut juga telah mengaku melakukan serangan tersebut. Kini, pihak polis sedang memburu tiga suspek lagi.