Cari:
Pesawat Polis Indonesia Disahkan Terhempas di Batam
2016-12-04 15:56:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sebuah pesawat pengangkutan polis Indonesia yang dilaporkan hilang sebelum ini disahkan terhempas di perairan Kepulauan Riau, Batam, selatan Singapura pada 3 Disember lalu.

Jurucakap Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia (BASARNAS), Marsudi mengesahkan tragedi itu ketika diwawancara oleh media pada hari ini. Beliau berkata, anggota pasukan penyelamat membawa balik mayat mangsa dan serpihan pesawat tersebut.

Sebelum ini, Marsudi pernah memaklumkan bahawa pesawat ini membawa 16 orang. Tetapi, menurut media tempatan, pesawat ini membawa 13 orang, antaranya termasuk 5 orang anak kapal dan 8 orang penumpang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China