Cari:
Naib Presiden Filipina Letak Jawatan dalam Kabinet
2016-12-05 11:57:13 CRI Cetak

Naib Presiden Filipina, Leni Robredo semalam mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan daripada Kabinet selepas diberitahu tidak perlu menghadiri semua mesyuarat Kabinet.

Robredo, walau bagaimanapun enggan meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Filipina dan hanya memilih meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Majlis Penyelarasan Perumahan dan Pembangunan Bandar (HUDCC) dalam Kabinet Presiden Rodrigo Duterte selepas menerima khidmat pesanan ringkas yang memaklumkan bahawa beliau diminta tidak perlu menghadiri semua mesyuarat Kabinet bermula Isnin ini.

Beliau sendiri mengakui wujud percanggahan pendapat dengan Duterte dari segi prinsip dan etika, seperti pembunuhan luar undang-undang yang bertujuan untuk membasmi dadah dan membenarkan pengebumian bertaraf wira kepada mantan Presiden Ferdinand Marcos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China