Sidang Kemuncak Belia China-ASEAN yang pertama dirasmikan di Universiti Peking, Beijing mulai 2 hingga 4 November lalu, dengan menarik kehadiran kira-kira 150 pelajar dari China dan negara-negara anggota ASEAN.
Setiausaha Agung Pusat China-ASEAN, Yang Xiuping, ketika berucap pada majlis perasmian itu menekankan pentingnya keterlibatan golongan belia dalam mengukuhkan lagi hubungan China-ASEAN.
Menurut beliau, aktiviti seumpama itu akan menumbuhkan rasa saling memahami, merapatkan ikatan persahabatan dan meletakkan asas yang kukuh dalam perkembangan hubungan kedua-dua pihak.
Sepanjang berlangsungnya aktiviti selama dua hari itu, perwakilan pelajar berinteraksi dan mengadakan dialog berkaitan dengan isu-isu serantau yang penting.