Presiden Filipina Rodrigo Duterte semalam mengumumkan bahawa beliau menerima keputusan Timbalan Presiden Leni Robredo meletakkan jawatannya dalam Kabinet dengan berat hati.
Jurucakap Presiden, Martin Andanar berkata, Presiden Duterte menerima peletakan jawatan Leni sebagai Setiausaha Majlis Penyelarasan Perumahan dan Pembangunan Bandar (HUDCC) dalam Kabinet dan melantikkan Menteri Kabinet Leoncio Evasco untuk mengambil alih jawatan Leni tersebut.
Leni mengakui wujud percanggahan pendapat dengan Duterte dari segi prinsip dan etika, seperti pembunuhan luar undang-undang yang bertujuan untuk membasmi dadah dan membenarkan pengebumian bertaraf wira kepada mantan Presiden Ferdinand Marcos.