Cari:
Angka Korban Gempa Aceh Naik ke 97
2016-12-08 16:42:08 CRI Cetak

Angka korban akibat gempa bumi kuat yang menggegarkan Aceh, Indonesia Rabu lalu naik kepada 97 orang, manakala 613 lagi cedera.

Selepas hampir 12 tahun Aceh dikejutkan dengan tragedi gempa bumi dan tsunami yang mengorbankan lebih 300,000 nyawa, Daerah Istimewa itu sekali lagi digegarkan gempa bumi sekuat 6.4 pada skala Richter yang berlaku di Pidie Jaya awal pagi semalam hingga meranapkan rumah-rumah, kedai, bangunan di sekolah dan masjid.

Presiden Joko Widodo mengarahkan jabatan kerajaan berkaitan menyokong usaha menyelamat di Aceh susulan gempa bumi kuat tersebut. Beliau turut mengarahkan Kepala Staf Kepresidenan, Teten Masduki supaya pergi ke Aceh untuk memantau situasi.

Menurut komander tentera, Mejar Jeneral Tatang Sulaiman, jumlah mangsa yang terkorban meningkat menjelang tengah hari semalam selepas lebih banyak mayat dijumpai.

Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia juga terpaksa menggunakan jentolak untuk mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan.

Banda Aceh pernah dilanda gempa bumi berukuran 9.2 pada skala Richter dan tsunami pada 26 Disember 2004 menyebabkan 120,000 orang terkorban di situ.

Sebanyak lima gempa bumi susulan turut dirasai beberapa jam selepas gempa bumi awal melanda pagi semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China