Cari:
Najib: Malaysia Kongsi Rasa Sedih, Hantar Bantuan ke Aceh
2016-12-08 16:45:15 CRI Cetak

Malaysia sedia menghulurkan sebarang bantuan kepada rakyat Indonesia di Pidie Jaya, selepas perairan wilayah Aceh di utara Sumatera, dilanda gempa bumi, awal pagi semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi gempa bumi itu dan menyatakan bahawa Malaysia berkongsi perasaan sedih dengan negara jiran itu serta sedia menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan Indonesia.

Dilaporkan, tragedi itu turut menyebabkan kerosakan harta awam, bangunan pejabat, masjid dan perniagaan di Indonesia.

Sementara itu, Kementerian Luar Malaysia mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terjejas dalam bencana tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China