Cari:
Gempa Aceh: Angka Korban Kini 102 Orang
2016-12-09 16:54:58 CRI Cetak

Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia mengesahkan, angka korban akibat gempa bumi yang melanda Aceh di Sumatera, awal pagi Rabu lepas, meningkat kepada 102, seorang hilang, 136 cedera parah, 616 lagi cedera ringan, manakala seramai 3,276 yang hilang tempat berteduh diatur berpindah ke tempat perlindungan sementara.

Pangkalan Tentera Laut Indonesia turut menyiapkan empat kapal perang bagi membawa barang keperluan asas seperti makanan, minuman dan pakaian serta bantuan perubatan kepada mangsa gempa bumi di daerah Pidie Jaya, Aceh semalam.

Dalam pada itu, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) mendedahkan, operasi mencari dan menyelamat kini berada pada tempoh genting untuk menarik keluar mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Agensi itu menambah, pihaknya belum meminta bantuan antarabangsa untuk membantu usaha menyelamat kerana keadaan itu masih boleh ditangani di peringkat nasional, tetapi terdapat keperluan yang mendesak bagi bekalan makanan, pakaian kanak-kanak dan ubat-ubatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China