Menurut laporan media tempatan, pada 11 Disember lalu, Raja Thailand yang baharu, Maha Vajiralongkorn mengumumkan bahawa baginda berkenan untuk memberi pengampunan kepada sebahagian besar banduan.
Antara banduan yang akan diberi pengampunan dan dibebaskan termasuklah, orang kurang upaya, pesakit yang mengalami penyakit serius, wanita yang pertama kali dihukum penjara dan sudah menjalani hukuman lebih daripada separuh, banduan yang berusia 60 tahun ke atas, banduan yang sudah menjalani hukuman penjara selama lebih daripada lima tahun atau sudah melebihi sepertiga daripada tempoh hukuman, banduan yang berusia bawah 20 tahun dan sudah menjalani hukuman lebih daripada separuh atau tempoh hukuman hanya berbaki kurang daripada 2 tahun.
Menurut perintah pengampunan tersebut, banduan yang dijatuhi hukuman mati juga diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup.
Ini pengampunan kali pertama yang diberikan oleh Raja Thailand yang baharu setelah baginda naik takhta pada 1 Disember lalu.