Malaysia dan Singapura dijadual menandatangani perjanjian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura hari ini semasa Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melakukan lawatan kerja ke Malaysia untuk menghadiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ketujuh.
Dalam kenyataan Wisma Putra, projek kereta api laju itu dijangka meningkatkan ketersambungan, memudahkan perjalanan antara Kuala Lumpur dengan Singapura, mengeratkan lagi hubungan perniagaan dan meningkatkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
---Utusan