Cari:
Pertempuran di Filipina, 13 Maut
2016-12-13 14:42:51 CRI Cetak

Jurucakap tentera Filipina, Filemon Tan semalam berkata, sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam pertempuran antara pasukan tentera kerajaan dengan kumpulan militan antikerajaan, Abu Sayyaf di kepulauan Sulu, selatan negara itu Sabtu lalu.

Menurut jurucakap tersebut, pihak tentera kerajaan bertempur dengan kira-kira 150 anggota militan dalam tempoh dua jam.

Sebanyak 10 anggota militan mati ditembak, manakala enam lagi cedera.

Dalam pada itu, tiga tentera kerajaan turut terkorban dan 21 lagi cedera.

Pihak tentera kerajaan sedang berusaha untuk menangkap saki baki militan itu yang berjaya melarikan diri.

Kemungkinan besar mereka turut membawa beberapa orang tebusan yang telah diculik sebelum ini.

Menurut pihak tentera, setakat ini, kumpulan militan Abu Sayyaf telah menculik sekurang-kurangnya 22 orang, antaranya termasuklah pelancong dari Belanda dan Jerman, anak kapal dari Indonesia, Malaysia, Vietnam dan penduduk tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China