Cari:
Perjanjian HSR KL-Singapura Ditandatangani
2016-12-14 11:36:42 CRI Cetak

Malaysia dan Singapura telah memuktamadkan perjanjian bilateral Projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang melambangkan komitmen kedua-dua negara untuk mengeratkan jaringan pe­ngangkutan, aktiviti ekonomi serta hubungan rakyat dengan rakyat.

Perjanjian bersejarah tersebut disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong serta barisan pimpinan dari kedua-dua negara.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Menteri Penyelaras bagi Infrastruktur merangkap­ Menteri Pengangkutan Si­nga­pura, Khaw Boon Wan dalam Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-7.

Menurut Najib, langkah sete­rusnya adalah pengeluaran tender untuk pelantikan rakan kongsi pembangunan bersama bagi projek berkenaan yang akan dilakukan awal tahun hadapan serta pengelua­ran tender sistem pada akhir 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China