Sebanyak 17 sukarelawan dari provinsi Guizhou China akan dihantar ke Myanmar selepas menjalani latihan selama seminggu.
Ini kali pertama provinsi Guizhou menghantar sukarelawan ke Myanmar.
Difahamkan, mereka akan memberikan perkhidmatan selama setengah hingga satu tahun di Myanmar.
Antara sektor perkhidmatan yang terlibat termasuklah teknologi pemesinan, teknologi elektronik, seni bina, projek petroleum, sukan ping pong, seni silat dan angkat berat.