Cari:
Mesyuarat Menteri Luar Kerjasama Sungai Lancang-Mekong Diadakan Minggu Depan
2016-12-17 14:26:44 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi akan menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ke-2 Kerjasama Sungai Lancang-Mekong di Siem Reap, Kemboja pada 23 Disember nanti.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang semalam.

Menurutnya, China dan Kemboja selaku negara pengerusi akan bersama-sama mempengerusikan mesyuarat ini.

Beliau berkata, Sidang Kemuncak Kerjasama Sungai Lancang-Mekong yang pertama diadakan dengan jayanya di bandar Sanya, selatan China pada bulan Mac lalu. Beberapa hasil penting tercapai sempena sidang kemuncak itu. Antaranya 10 daripada 45 projek yang disenaraikan dalam program tuaian awal telah diselesaikan atau sedang dilaksanakan. Kejayaan ini menunjukkan komitmen negara-negara terlibat untuk mempergiat kerjasama pragmatik di bawah kerangka mekanisme kerjasama Lancang-Mekong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China