Cari:
CMQIP:Galakkan Kerjasama Kapasiti Pengeluaran China-ASEAN dengan Minda dan Model Inovatif
2016-12-20 08:39:17 CRI Cetak

Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) telah menggalakkan kerjasama kapasiti industri China-ASEAN dengan minda dan model inovatif. Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Pengarah Eksekutif Jawatankuasa Pengendalian CMQIP, Gao Pu dalam Forum Pelaburan Jalur dan Laluan (B&R) Malaysia-China di Beijing pada 17 Disember lalu.

Menurut Gao, sebagai program kerjasama yang dicadangkan oleh pemimpin China dan Malaysia, pembangunan CMQIP bersama-sama taman kembarnya, iaitu Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) telah mendapat sokongan penuh dari kerajaan kedua-dua negara dalam bidang dasar tanah, fiskal, kewangan dan cukai.

CMQIP mempunyai keunggulan dalam pelbagai aspek seperti rangka kerjasama "dua negara, taman kembar", model pembangunan yang mengutamakan gabungan modal, lantaian industri dan perkhidmatan rentas sempadan, platform pembangunan teknologi dan kewangan, pembangunan integrasi industri-bandar, model pengurusan sebagai badan berkanun, pelaksanaan dasar yang inovatif, perkhidmatan dan rakan kerjasama yang terpilih serta peranan sebagai zon makmal kerjasama kapasiti industri antarabangsa. Maka, CMQIP telah berjaya menarik banyak syarikat dari sektor teknologi biologi, pengubatan baharu, kelengkapan canggih, pembuatan pintar, tenaga alternatif, penjimatan tenaga, perlindungan alam sekitar, kebudayaan dan sains inovatif, perkhidmatan rentas sempadan dan teknologi maklumat.

Gao Pu memaklumkan, misi CMQIP pada masa depan termasuk menjalinkan lantaian industri dan perkhidmatan rentas sempadan; mengimport industri konvensional yang mempunyai kelebihan di negara-negara ASEAN, termasuk sarang burung, makanan halal, ketah dan minyak sawit; membantu industri baharu China merintis pasaran negara asing, termasuk mengeksport penggunaan satelit Beidou; mempromosikan pengalaman yang berjaya ditimba oleh CMQIP dan MCKIP ke negara Asia Tenggara yang lain spupaya menggalakkan kerjasama kapasiti industri antara China dengan ASEAN.

Presiden Syarikat Perkembangan CMQIP, Dato' Ong Chong Yi memaklumkan, untuk membantu pengeksportan sarang burung Malaysia ke China, kini pihaknya sedang berusaha untuk menjayakan pemeriksaan kuarantin di dua taman kembar itu yang diiktiraf oleh kedua-dua negara. Sasaran yang lebih cemerlang bagi CMQIP termasuk menubuhkan Tabung Pelaburan Kerjasama Kapasiti Industri China-ASEAN, Bursa Aset Kewangan China-ASEAN, Pusat Penjelasan Renminbi Rentas Sempadan China-ASEAN, Platform Perkhidmatan Perdagangan Barang Industri, Pusat Data Kewangan Antarabangsa dan Bank Kerjasama China-Malaysia.

Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Perdagangan dan Industri Malaysia di China (MAYCHAM CHINA) bersama Syarikat Perkembangan CMQIP, turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi MAYCHAM CHINA, Godwin Cheng, Presiden Persatuan SME Malaysia, Datuk Micheal Kang Hua Keong, Presiden Kehormat MAYCHAM CHINA, Dato' Bong Hon Liong, Presiden Eksekutif Majlis Perdagangan China-ASEAN, Xu Ningning, dan Naib Pengerusi Persatuan Perdagangan Sektor Swasta China, Wang Yanguo.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China