Thailand bakal memacu industri pelancongannya pada tahun 2017 dengan memberi fokus kepada lima tema utama, iaitu pelancongan sukan, pelancongan intra-ASEAN, pelancongan kesihatan, pelancongan perkahwinan dan pelancongan maritim.
Demkian dinyatakan oleh Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Kobkarn Wattanavrangkul dalam sidang media baru-baru ini.
Kata beliau, kerajaan sedang giat mempromosi program pelancongan sukan, termasuk pertandingan maraton untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong asing.
Menyentuh langkah-langkah menarik pelancong dari negara ASEAN pula, beliau berkata, Thailand akan terus berusaha memudahkan pengangkutan dengan negara-negara jiran, termasuk membuka laluan perkapalan yang menghubungkan Pulau Phuket dengan Sihanoukville, Kemboja dan Pulau Phu Quoc di Vietnam, di samping memperbanyak penerbangan yang menghubungkan bandar-bandar utama di rantau ASEAN.