Cari:
"Perjanjian Kerajaan China-Malaysia Berhubung Bantuan Kehakiman Jenayah" Diluluskan
2016-12-26 10:45:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak

"Perjanjian Kerajaan China-Malaysia berhubung Bantuan dalam Sistem Kehakiman Jenayah" telah diluluskan dalam Mesyuarat ke-25 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China ke-12 yang telah diadakan di Beijing pada 25 Disember lalu.

Penguatkuasaan perjanjian tersebut dianggap bukan sahaja dapat bermanfaat bagi memperkasakan kerjasama antara China dan Malaysia dalam sektor kehakiman, malah juga membantu melonjakkan hubungan bilateral ke arah yang lebih tinggi.

Menyentuh tentang perjanjian ini, Naib Menteri Luar China, Wang Chao menyatakan bahawa mengeratkan kerjasama China dan Malaysia dalam membanteras jenayah rentas sempadan kelihatan semakin penting dan mendesak pada ketika ini, memandangkan lawatan dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara yang semakin rancak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China