Sebuah pesawat B737-400 milik Syarikat Penerbangan Era Baharu Thailand yang membawa pelancong Thailand telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tunxi Huangshan, provinsi Anhui China pada pukul 8.00 pagi 26 Disember lalu. Ini menandakan kejayaan penerbangan perdana Bangkok-Huangshan dengan menggunakan pesawat carter.
Pembukaan laluan penerbangan carter Bangkok-Huangshan dilaporkan merupakan penerbangan carter secara langsung yang pertama ke rantau Asia Tenggara yang dibuka oleh bandar Huangshan. Hal ini dianggap sebagai kemajuan besar bagi Huangshan dalam meneroka pasaran pelancongan dan penerbangan di luar negara.