Baru-baru ini, ribut taufan "Nock-teng" yang melanda Filipina telah mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang maut, lapan lagi hilang, dan lebih 380 ribu penduduk berpindah ke tempat selamat. Serentak itu, lebih 80 jadual penerbangan domestik dan antarabangsa terpaksa dibatalkan.
Pejabat Persiden Filipina menyeru agar penduduk sentiasa memperhatikan amaran dan maklumat yang dikeluarkan oleh jabatan meteorologi dan jabatan kerajaan terbabit. Ketua Pengarah Penerangan Pejabat Peresiden menyatakan bahawa Kementerian Kebajikan Sosial dan Pembangunan akan terus memberikan perhatian terhadap perkembangan bencana berkenaan dan akan mempercepat langkah menghulurkan bantuan kepada mangsa.