Cari:
Ulang Tahun ke-5 Rondaan Bersama di Kawasan Aliran Sungai Mekong
2016-12-28 11:47:11 CRI Cetak

Sidang Peringkat Menteri Ulang Tahun ke-5 Terbentuknya Mekanisme Kerjasama Keselamatan dan Penguatkuasaan di Kawasan Aliran Sungai Mekong telah diadakan di Beijing semalam. Ahli Dewan Negara yang juga Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun telah menghadiri sidang itu dan menyampaikan ucaptama.

Guo Shengkun menyatakan bahawa sejak dibentukkan pada lima tahun yang lalu, mekamisme tersebut terbukti mampu memelihara dengan berkesan keselamatan serta kestabilan serantau, dan menggalakkan kemakmuran serta pembangunan serantau, sehingga dilihat sebagai contoh yang berjaya bagi negara-negara yang berlainan dalam menjalankan kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan bersama.

China bersedia bersama dengan pelbagai pihak berusaha menyemarakkan "Semangat Sungai Mekong", memperkasakan kerjasama yang pragmatik, menjadikan pembangunan "Sungai Mekong yang Aman" sebagai sasaran utama mekanisme itu, bersama-sama membina Pusat Kerjasama Keselamatan dan Penguatkuasaan Komprehensif Sungai Lancang-Mekong, dan terus mempertingkat kerjasama dalam bidang rondaan bersama, pembasmian dadah, langkah antikeganasan dan pengendalian kawasan sempadan supaya dapat memberikan sumbangan yang lebih besar kepada keselamatan dan kemakmuran serantau bahkan dunia.

Sidang tersebut diserikan dengan kehadiran petugas-petugas jabatan keselamatan daripada negara anggota mekanisme itu termasuk Laos, Myanmar dan Thailand serta negara pemerhati termasuk Kemboja dan Vietnam yang bersama-sama meluluskan pengumuman berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China