Keputusan dalam pemilihan 10 berita Asia Tenggara yang paling berpengaruh sepanjang tahun 2016 anjuran Radio Antarabangsa China (CRI) telah diumumkan hari ini. 10 berita tersebut adalah seperti berikut:
1.Indonesia Kena Serangan Keganasan
2.Vietnam dan Laos Memilih Pucuk Pimpinan Parti dan Negara yang Baharu
3. Sidang Pemimpin Kerjasama Sungai Lancang-Mekong Diadakan
4. Rodrigo Duterte Terpilih sebagai Presiden Filipina
5. Ketegangan Situasi Laut China Selatan Jadi Reda
6. Sidang Panlong Abad ke-21 Diadakan di Myanmar
7. Pemimpin Negara ASEAN Lancarkan Pelaksanaan Visi Komuniti ASEAN 2025
8. Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej Mangkat
9. Prospek Penglibatan Empat Negara ASEAN dalam TPP Kurang Cerah
10. Malaysia dan Singapura Tandatangani Perjanjian Kereta Api Laju
Keputusan pemilihan sepuluh berita tersebut akan disiarkan serentak oleh media pelbagai negara Asia Tenggara.