Cari:
Inskripsi Bahasa Myanmar Ditemukan di Angkor Wat
2017-01-04 10:56:02 CRI Cetak

Perbadanan Perlindungan dan Pengawalan Tinggalan Sejarah dan Budaya Tradisional Kemboja semalam memaklumkan media bahawa pihaknya menemukan beberapa inskripsi bahasa Myanmar berhampiran dengan Angkor Wat dan Kuil Bayon.

Berdasarkan penyelidikan, inskripsi tersebut dihasilkan pada awal abad ke-20 oleh pelancong dan sami Myanmar yang melawat ke Kemboja.

Dimaklumkan, sebuah patung Buddha dalam Kuil Bayon berkemungkinan dibina oleh orang Myanmar kerana reka bentuk dan seni ukirannya bercirikan budaya Myanmar.

Orang Myanmar pada masa itu datang ke Kemboja melalui Malaysia atau bahagian utara Myanmar adalah untuk mengunjungi Angkor Wat yang merupakan destinasi terkenal agama Buddha.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China