Cari:
MH370: Tiada Kakitangan, Kru yang Mencurigakan
2017-01-08 15:28:23 CRI Cetak

Pemeriksaan terhadap latar belakang penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilakukan oleh pasukan penyiasat Pe­rancis tidak menemukan sebarang petunjuk yang mencurigakan.

Menurut sumber kepada agensi berita AFP, Perancis telah melakukan siasatannya sendiri berikutan empat daripada warga negaranya merupakan penum­pang pesawat yang hilang pada tahun 2014.

Kumpulan penyiasat dan tiga majistret pemeriksa bertemu dengan waris empat mangsa tragedi itu pada Khamis lalu untuk memaklumkan tentang perkembangan siasatan tersebut.

Menurut sumber itu lagi, wa­ris-waris mangsa diberitahu bahawa keputusan pemeriksaan latar belakang penumpang dan anak kapal oleh agensi penyiasatan domestik Perancis, DGSI didapati adalah 'negatif'.

Perkara tersebut disahkan oleh seorang lelaki, Gyslain Wattrelos, yang mana isteri dan dua anaknya berada di dalam pesawat itu.

Persoalan mengenai latar belakang penumpang dan anak kapal timbul apabila pihak berkuasa Malaysia mendapati dua penumpang Iran berada di dalam pesawat tersebut terbang menggunakan pasport curi.

Sumber dari Utusan Online.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China