Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di selatan Thailand baru-baru ini.
Dilaporkan, limpahan hujan kali ini adalah yang paling lebat dalam tempoh 30 tahun, dan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 21 orang terkorban, di samping menjejaskan kehidupan hampir sejuta penduduk.
Hujan lebat turut menjejaskan industri pelancongan di beberapa destinasi pelancongan yang terkenal di Thailand, termasuk Pulau Koh Samui dan Koh Phangan.
Pihak tentera telah memperkasakan operasi menyelamat di kawasan terpencil yang dilanda banjir.