Cari:
Lanun Bunuh Lapan Nelayan Filipina
2017-01-11 15:28:44 CRI Cetak

Lapan nelayan Filipina dibunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki lanun menyerang bot di kawasan perairan di selatan Filipina, malam kelmarin.

Jurucakap pengawal pantai, Komander Armand Balilo berkata, lima lelaki bersenjata yang menaiki bot laju telah menyerang sebuah bot yang membawa 15 nelayan ketika mereka sedang beroperasi di luar kepulauan Laud Siromon dekat semenanjung Zamboanga.

Tambah beliau lagi, lapan orang terbunuh, manakala lima yang lain melompat keluar untuk menyelamatkan diri dan berenang ke pulau berhampiran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China