Perdana Menteri China, Li Keqiang menyampaikan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya dari Thailand, Prayuth Chan-ocha atas banjir kilat yang melanda selatan Thailand baru-baru ini.
Li dalam perutusan takziahnya turut melahirkan rasa simpati kepada rakyat di kawasan bencana. Beliau yakin, mereka mampu mengatasi bencana alam itu di bawah pimpinan PM Prayuth. China bersedia menghulurkan bantuan mengikut keperluan Thailand.