Cari:
Zhang Dejiang Ditemui Nguyen Phu Trong
2017-01-14 15:47:29 CRI Cetak

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Zhang Dejiang mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong di Beijing semalam.

Zhang dalam pertemuan itu berkata bahawa NPC mengutamakan hubungan persahabatan dengan Perhimpunan Kebangsaan Vietnam, dan bersedia mengekalkan interaksi yang rapat antara kedua-dua pihak bagi menyumbang kepada pemerkasaan kerjasama pragmatik dan persahabatan antara kedua-dua negara.

Nguyen Phu Trong pula berkata bahawa kedua-dua pihak perlu melaksanakan dengan bersungguh-sungguh konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara sebelum ini bagi memperkukuh lagi hubungan baik sesama tetangga yang sedia terjalin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China