Cari:
China Sumbang Basikal Kegunaan Polis Kepada Myanmar
2017-01-15 15:55:57 CRI Cetak

Kedutaan Besar China di Myanmar menyumbang 100 buah basikal kegunaan anggota polis kepada Jabatan Polis Yangon.

Majlis penyerahan sumbangan pada petang 13 Januari lalu dihadiri Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang, Kaunselor Perhubungan Urusan Polis China ke Myanmar, Zhu Jisi dan Ketua Polis Yangon, Win Naing.

Duta Besar China, Hong Liang dalam ucapannya menyatakan bahawa kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang sudah menjadi sebahagian penting dalam hubungan kedua-dua negara.

China menyokong usaha pasukan polis Myanmar untuk meningkatkan keupayaan dalam penguatkuasaan undang-undang dan akan terus memberi bantuan mengikut keperluan pihak Myanmar.

Ketua Polis Yangon, Win Naing menyuarakan harapan agar hubungan persahabatan antara Myanmar dengan China terus dipertingkat.

Beliau yakin, penguatkuasa undang-undang kedua-dua negara dapat meneruskan hubungan baik dan memperkasakan kerjasama dalam bidang keselamatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China