Cari:
Masa Depan Hubungan Vietnam-China Amat Cerah
2017-01-16 14:43:10 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trọng telah mengakhiri lawatan ke China selama empat hari semalam.

Radio Suara Vietnam menyiarkan rencana yang menyatakan bahawa kunjungan Nguyen Phu Trọng ke China sempena Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, sangat istimewa bagi kedua-dua pihak, sekali gus mengeluarkan isyarat yang jelas kepada masyarakat antarabangsa, iaitu perkembangan hubungan Vietnam-China akan memasuki musim bunga yang sangat indah.

China dan Vietnam mengeluarkan Kenyataan Bersama kelmarin yang menyatakan bahawa kedua-dua pihak bersepakat untuk terus melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) secara menyeluruh dan berkesan, berdasarkan prinsip permuafakatan bagi mencapai Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) dengan secepat mungkin, mengawal perselisihan maritim dengan baik, dan tidak mengambil tindakan yang mungkin merumitkan situasi, demi memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan.

Laman web Daily Times Vietnam pula menyiarkan rencana pengarang yang menyifatkan kebergantungan ekonomi Vietnam kepada China semakin besar.

Oleh itu, lawatan Nguyen Phu Trọng ke China kali ini diharap dapat mengeratkan hubungan dengan pemimpin China dan menyuburkan rasa saling mempercayai dalam politik bagi terus menggalakkan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara, sekali gus merangsang perdagangan import dan eksport Vietnam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China