Cari:
Pencarian MH370 Bawah Laut Digantung
2017-01-18 13:12:07 CRI Cetak

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia semalam mengeluarkan kenyataan bersama-sama dengan tiga negara bahawa pencarian Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di bawah permukaan air di Lautan Hindi digantung secara rasmi.

Pengumuman itu turut menyebut, pencarian yang dibuat dalam kawasan pencarian seluas 120,000 kilometer persegi itu masih tidak menemui pesawat berkenaan, meskipun telah menggunakan kepakaran sains, teknologi, model pencarian dan pembabitan pakar-pakar yang profesional.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan dalam Sidang Menteri Malaysia, Australia dan China pada 22 Julai 2016, jika bangkai kapal terbang MH370 masih tidak dapat ditemui dalam kawasan perairan seluas 120,000 kilometer persegi seperti yang ditetapkan, misi pencarian akan digantung.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China