Kedua-dua negara akan berganding bahu untuk membentuk dan membina komuniti berkongsi nasib bersama Laos-China yang kukuh pada masa depan.
Naib Presiden Laos, Phankham Viphavanh berkata demikian ketika ditemui Duta Besar China ke Laos, Guan Huabing baru-baru ini.
Tegas Phankham, hubungan Laos dan China sedang berada dalam tempoh terbaik dalam sejarah.
Beliau yakin, kedua-dua pihak pasti dapat menjayakan pembinaan komuniti berkongsi nasib bersama Laos-China atas sokongan pemimpin dan kerajaan kedua-dua negara.