Forum Pelancongan ASEAN 2017 telah dirasmikan di Singapura malam semalam.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika berucap dalam majlis perasmian itu turut mengumumkan pelan ASEAN yang bertujuan untuk mempromosikan ASEAN sebagai satu destinasi pelancongan yang berpadu dan menyasarkan 121 juta pelancong asing ke ASEAN pada tahun 2017.
Tahun 2017 merupakan ulang tahun ke-50 ASEAN.
Bagi menggalakkan perkembangan industri pelancongan ASEAN, Lee Hsien Loong mengemukakan tiga cadangan, iaitu menawarkan tambang yang berpatutan antara negara-negara ASEAN, menyediakan pelbagai pakej kapal persiaran dan meningkatkan latihan vokasional sektor pelancongan.