Pelancong China ke Thailand meningkat daripada lebih 2 juta kepada 8.77 juta orang dalam tempoh empat tahun lalu.
Demikian dimaklumkan Ketua Jabatan Pelancongan Negara Thailand di Kunming, Pinnat Charoenphol semalam.
Menurut beliau, kedatangan pelancong China ke Thailand pada tahun 2016 mencatat 8.77 juta orang, meningkat 4.6 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2015.
Pelancong yang pergi sendiri tanpa mengikut mana-mana agensi pelancongan meningkat begitu cepat sekali, misalnya pelancong dari Yunnan, Guangxi dan Guizhou yang melancong sendiri ke Thailand telah meningkat 40 hingga 45 peratus.
Selain itu, kemasukan pelancong China ke Thailand pada tahun ini dijangka akan terus meningkat.