Cari:
Najib: Ekonomi Digital akan Pacu Aspirasi Pertumbuhan Malaysia
2017-01-20 14:52:57 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ekonomi digital adalah jawapan kepada aspirasi pertumbuhan dua angka Malaysia.

"Jika kita mahukan pertumbuhan dua angka, saya rasa satu-satunya sektor yang boleh membawa ke arah itu adalah sektor digital. Kita perlu berusaha keras dan memastikan kejayaan Digital Malaysia," katanya pada Dialog Perdana Transformasi Nasional 50 di Universiti Malaya di Kuala Lumpur pada malam 19 Januari lalu.

Najib turut menyifatkan Zon Perdagangan Bebas Digital yang akan dilancarkan pada Mac depan sebagai antara langkah pertama Malaysia meletakkan jejaknya dalam ekonomi digital.

Menurut beliau, pakej itu akan diusahakan bersama dengan pengasas Alibaba China, Jack Ma yang akan ke Malaysia untuk melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital itu pada Mac depan.

(sumber: Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China