Cari:
Aktiviti Sambutan TBC di Thailand
2017-01-21 15:00:25 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Aktiviti sambutan perayaan Tahun Baharu China (TBC) bakal diadakan di pelbagai tempat di Thailand dalam suasana penuh meriah.

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) akan mengadakan acara sambutan TBC di Taman Lumphini, pusat bandar Bangkok pada 25 hingga 29 Januari depan.

Masakan China dijadikan tema bagi aktiviti tersebut, selain persembahan akrobatik, nyanyian dan tarian serta Kung Fu.

Selain Bangkok, lapan wilayah lain di Thailand, termasuk Chiang Mai dan Phuket juga akan mengadakan siri aktiviti menarik untuk menyambut kedatangan para pelancong pada ketika itu.

Yuthasak-Supasorn, Pengarah TAT berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-42 terjalinnya hubungan diplomatik antara Thailand dengan China, dan juga tahun ke-13 negaranya menganjurkan aktiviti sambutan TBC.

Beliau yakin aktiviti sambutan tahun ini pasti akan meninggalkan kenangan indah yang sukar dilupakan buat para pelancong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China